Selasa, 4 Ogos 2009

Mengapa Saya inginkan broadband.

;

Pada zaman sains dan teknologi yang canggih sekarang dan juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan di mana dunia hanya di hujung jari. Terdapat pelbagai alat dalam melayari internet iaitu seperti streamyx dan Broadband. Broadband adalah sejenis alat yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana.Ianya adalah sejenis alat yang boleh digunakan untuk melayari internet. Alat ini tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

Saya inginkan broadband kerana ianya menarik perhatian saya dengan warnanya yang cantik dan boleh dipilih mengikut citarasa sendiri. Broadband juga boleh dibawa kemana-mana dengan mudah berbanding kerana ringan dan boleh dimasukan kedalam poket. Saya juga inginkan broadband kerana dirumah saya ada komputer tetapi tiada internet. Broadband dapat memberi kemudahan internet yang cepat dimana saja berada dengan menggunakan gelombang talian telefon tangan. Penggunaan internet dapat dicapai dimana saja berada samada di bandar, pendalaman di laut ataupun di hutan. Saya berasa bangga sekiranya dapat memiliki broadband kerana dapat membantu saya mencari maklumat terkini di ieternet dan dapat menghubungi keluarga dan rakan taulan dimana saja mereka berada. Hubungan erat silaturahim bertambah. Email dan SMS sebagai pengganti diri.

saya bercadang untuk membeli broadband untuk kegunaan saya kerana ianya amat berguna dalam membantu saya menjalani kehidupan seharian. Saya sungguh bertuah sekiranya dapat memilikinya. Walaupun kecil tetapi bak kata pepatah kecil-kecil cili api.

Ahad, 2 Ogos 2009

Difinisi Broadband




;

Broadband ialah satu perkhidmatan internet jalur lebar yang mempunyai kelajuan yg tinggi. Broadband boleh didapati di mana cawangan jualan komputer. Ia adalah satu bahan dalam menghubungkan antara komputer dengan manusia. Broadband boleh digunakan dimana saja asalkan ada talian telefon mudah alih, maknanya selagi kita dapat menghubungi seseorang dengan menggunakan telefon tangan maka broadband akan dapat beroperasi. Broadband ini sangat mudah digunakan dengan cara memasang terus kepada komputer untuk melayari internet.Ianya sangat penting kepada semua orang dan perniagaan.FCC menyatakan Advanced Telecommunications Capability sebagai infrastruktur telekomunikasi berkebolehan menyampaikan satu kelajuan 200 sesaat Kilobits (kbps) dalam masing-masing arah. Commission menyatakan kelajuan tinggi sebagai perkhidmatan-perkhidmatan itu dengan lebih 200 keupayaan Kbps dalam sekurang-kurangnya hala satu. Dengan bentuk yang solid ianya senang dibawa kemana-mana tempat dengan mudah. Pada 31hb Disember 1999, terdapat 2.8 juta orang pelanggan untuk perkhidmatan-perkhidmatan laju dan maju, dengan 1 juta orang pelanggan diawalkan perkhidmatan-perkhidmatan. 1 juta orang pelanggan, kira-kira 875,000 modem-modem kabel terpakai dan 115,000 perkhidmatan DSL terpakai dengan baki itu menggunakan media lain, seperti wayarles atau satellite.n. Broadband kini mejadi satu alternatif yang paling canggih dalam perkhidmatan internet.