Selasa, 4 Ogos 2009

Mengapa Saya inginkan broadband.

;

Pada zaman sains dan teknologi yang canggih sekarang dan juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan di mana dunia hanya di hujung jari. Terdapat pelbagai alat dalam melayari internet iaitu seperti streamyx dan Broadband. Broadband adalah sejenis alat yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana.Ianya adalah sejenis alat yang boleh digunakan untuk melayari internet. Alat ini tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal.

Saya inginkan broadband kerana ianya menarik perhatian saya dengan warnanya yang cantik dan boleh dipilih mengikut citarasa sendiri. Broadband juga boleh dibawa kemana-mana dengan mudah berbanding kerana ringan dan boleh dimasukan kedalam poket. Saya juga inginkan broadband kerana dirumah saya ada komputer tetapi tiada internet. Broadband dapat memberi kemudahan internet yang cepat dimana saja berada dengan menggunakan gelombang talian telefon tangan. Penggunaan internet dapat dicapai dimana saja berada samada di bandar, pendalaman di laut ataupun di hutan. Saya berasa bangga sekiranya dapat memiliki broadband kerana dapat membantu saya mencari maklumat terkini di ieternet dan dapat menghubungi keluarga dan rakan taulan dimana saja mereka berada. Hubungan erat silaturahim bertambah. Email dan SMS sebagai pengganti diri.

saya bercadang untuk membeli broadband untuk kegunaan saya kerana ianya amat berguna dalam membantu saya menjalani kehidupan seharian. Saya sungguh bertuah sekiranya dapat memilikinya. Walaupun kecil tetapi bak kata pepatah kecil-kecil cili api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan